Popular Posts

Saturday, 19 November 2016

Tips Penjagaan Kerongsang:

Assalamualaikum wrt wbt
Sebagai pos yang pertama, kami nak kongsi tip menjaga kerongsang. Biasanya kita selalu endah tak endah mengenai penjagaan kerongsang, akhirnya menyebabkan batu tercabutlah, warna tak secantik dulu dan lain-lain. Jadi bila dah tahu nak jaga kerongsnag ni, bolehlah praktik di rumah ya 😘

Tips Penjagaan Kerongsang:
Variasi warna pin tudung

 Simpan kerongsang di dalam bekas yang 'selesa' dan berasingan (jika brooch bersaiz besar). Pertindihan antara kerongsang yang banyak boleh menyebabkan batu tercabut dan kerongsang menjadi kusam/sebam.

 Elakkan daripada menjatuhkan kerongsang kerana ini akan menyebabkan batu-batu tersebut tercabut dari soketnya.

 Elakkan meletakkan kerongsang pada tempat yang panas seperti di dalam kereta kerana gam yang melekatkan kerongsang menjadi cair dan melepaskan pegangan pada batu tersebut.

Tip-tips yang lain akan admin kongsi dari masa ke masa. Bagi pengunjung yang ingin melihat pelbagai rekabentuk kerongsang yang kami jual, bolehlah melayari fanpage kami di SINI.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh lah hubungi kami di talian 014 5167102. Boleh juga WhatApps atau SMS, kami sedia melayani pertanyaan anda 😎

No comments:

Post a Comment